Tuesday, April 11, 2017

Cara Online Registration Toneplus

PENDAFTARARAN SECARA ON-LINE

Untuk menjadi ahli pengguna Tone Plus, kaedah paling pantas adalah dengan cara mendaftar keahlian melalui online. Ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang telah menjadi ahli Tone Plus. Kaedah menaja dengan mendaftar secara online ini amat mudah dilakukan dan hanya mengambil masa kira-kira 5 – 10 minit sahaja.

PENTING!!! Sebelum membuat pendaftaran, pastikan simkad berada di tangan anda.

Berikut adalah langkah-langkah lengkap pendaftaran anda (sebagai PENAJA) untuk ahli baru Tone Plus, secara online.

1. Login ke akaun Tone Plus di website
 http://www.tonegroup.net/tpmms/

  
2. Log in Akaun Tone Plus. Sila isikan...

   

   Login ID : No IC/Pasport/ID Tentera/ID Polis
   Password : 1234 (bagi pengguna baru)

   Klik "Login".

Sekiranya gagal, sila hubungi penaja anda atau terus berhubung denganpihak pentadbiran Tone Group.
 
Jika anda terlupa password, sila klik ‘Lost your password?’ dan isikan maklumat diminta. Password baru akan dihantar ke talian nombor Tone Plus anda. 

3. Kemaskini Password

Setelah berjaya login ke akaun peribadi Tone Plus anda, sila tukar password anda untuk langkah keselamatan (pengguna baru sahaja). Isikan... 


   New Password : Masukkan password baru anda sendiri
   Confirm Password : Taipkan sekali lagi password baru anda.

   Klik "Submit". 


4. Ruangan Pendaftaran 

Untuk mendaftarkan ahli baru, sila klik icon ‘Registration’ seperti di bawah.


5. Paparan Pendaftaran dibawah akan kelihatan:


Seterusnya, sila isikan maklumat ahli baru anda seperti berikut:

Di ruangan ‘Register New Subscriber’:

5.1 Isikan ID No* : (No IC) atau Pasport/ ID Tentera/ ID Polis.

Klik ‘Check’ untuk melihat samada ahli baru yang anda daftarkan adalah ahli baru (new member) atau seorang ahli lama tetapi mendaftar akaun baru (tambah new account).


Lengkapkan maklumat berikut:

5.2  First Name & Last Name/Surname*: 

      Isikan nama pertama & kedua pengguna baru.
  
5.3 Nationality, Race*, Sex*, Date Of Birth*

5.4 Address* Postcode* Bandar* Negeri*

5.5 Isikan email ahli Tone Plus baru, jika tiada, sila isikan email anda.
      Email akan dihantar untuk password akaun ‘Self Care’ mereka.

Seterusnya, lengkapkan Maklumat Akaun (Account Information):


6.1 Account Information:

     SIM serial number* : Isikan nombor siri 8 digit terakhir.
     SIM PUK* : Isikan nombor PUK  Simkad Tone Plus
                        
** abaikan angka "0" sekiranya terdapat di permulaan nombor PUK simkad, contohnya macam gambar di bawah, mulakan sahaja terus dengan 6XXXX  

(Kedua-dua nombor SIM dan PUK ini, ada terdapat di belakang Sim Kad Tone Plus, anda boleh rujuk gambar di bawah)


6.2 For MNP Port In Only (Optional):

Ahli baru boleh kekalkan no lama kesayangan mereka. Abaikan jika tidak mahu kekalkan nombor lama pada masa ini. Ia juga boleh dilakukan pada masa hadapan. Maklumkan kepada Service Center, Premium Service Center atau Branch atau di HQ untuk berbuat demikian..

     Mobile Number (For Mobile Number Port In)

     Isikan nombor telco lama yang anda ingin kekalkan

    Current Service Provider: 

    Isikan telco lama, nombor yang ingin dikekalkan (boleh rujuk gambarajah di 
    bawah, sekiranya anda kurang pasti telco lama ahli baru)


6.3 Beneficiary Information:

Lengkapkan maklumat...

   1. Salution, Name & Last Name

      Isikan nama pertama waris pengguna baru.

   2. Type & ID: Isikan nombor IC atau passpot pewaris.

   3. Relationship: Isikan hubungan waris dengan ahli baru samada anak, 

       isteri dan sebagainya

Ruangan ini boleh ditinggalkan dahulu dan boleh di kemaskini kemudian oleh ahli tersebut sendiri di dalam akaun mereka kelak.

6.4 Promoter Information:

     Promoter Member ID*

     Isikan nombor keahlian Penaja (Upline) kepada pengguna baru.
 
     Klik "Check", pastikan nama Penaja tersebut adalah betul.

6.5 Bank Account Information:


    Lengkapkan maklumat Bank account number, Bank account name, 

    Bank name.
 

Maklumat bank ini penting untuk kemasukan komisyen bulanan ahli baru Tone Plus. Anda juga boleh tinggalkan dahulu ruangan ini dan di kemaskini semula oleh ahli sendiri.

7.1  Pengesahan Maklumat Pendaftaran

Klik kotak di maklumat ‘I have read, understand and agreed to PDPA, Term Of Service and Disclaimer’ seperti di bawah:





7.2 Sila semak & double check semua maklumat semula di atas dan segalanya betul, sila klik kotak ‘SUBMIT’.

8. Keputusan Pendaftaran

Sistem akan proses pendaftaran anda dan akan memberikan anda Nombor Ahli Tone Plus pengguna baru tersebut  yang bermula dengan TPA XXXXXX dan nombor talian Tone Plus pengguna baru tersebut seperti gambarajah di bawah.


    8.1 Nombor Ahli Tone Plus
    8.2 Nombor Talian Tone Plus.




REGISTRATION SUCCESS

Pastikan ahli baru mendapat maklumat seperti ID Tone Plus (Nombor TPA), No Telifon Simkad Tone Plus dan cara-cara log in akaun Tone Plus mereka.

Maklumkan kepada ahli baru supaya aktifkan simkad Tone Plus dengan membuat 1 panggilan atau SMS secepat mungkin. Simkad Tone Plus ini akan tamat tempoh jika tidak diaktifkan dalam tempoh 14 hari setelah ia didaftarkan dalam sistem.

PENTING! Komisyen anda juga tidak dibayar jika talian tidak diaktifkan!

No comments:

Post a Comment

MUDAHNYA BISNES TONE PLUS ....