Friday, April 7, 2017

Cara Bayar Hutang PTPTN

CARA BAYAR HUTANG PTPTN...
Ramai yang mengambil langkah untuk meminjam PTPTN untuk belajar. Sudah semestinya bagi mereka yang tidak mampu untuk menampung kos belajar , akan meminjam dengan PTPTN untuk belajar. Hutang untuk teruskan pelajaran demi masa depan !
Niat yang murni lagi suci itu adalah terbaik , namun kita juga perlu bersedia untuk membayar hutang PTPTN . Jangan bila habis belajar , kita tidak bayar malah pertikaikan tentang hutang PTPTN yang kita pinjam . Tiada paksaan untuk meminjam namun Wajib dibayar jika berhutang .

Penjawat Awam Pun tidak bayar hutang PTPTN

Lebih mengejutkan , ramai penjawat Awam tidak membayar hutang PTPTN . Bukan niat disini untuk Menyokong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ) sama ada dari segi skim pembayaran atau sebagainya , tetapi menjadi di fikiran bagaimana tabung ini akan membantu mereka selepas ini jika hutang yang sebelum ini tidak dapat kembali.
Jika Rm1.1b tidak dapat dikembalikan , bagaimana tabung ini akan dapat membantu pelajar lain selepas ini untuk sambung pelajaran . Renungkan lah.. Jika tidak setuju dengan skim pembayaran balik , jangan berhutang . Jika sudah berhutang , cari jalan atau cara untuk bayar hutang PTPTN tersebut. Baru adil !

Cara Bayar Hutang PTPTN

Berjimat
Sebagai pelajar , kita harus berjimat jika berhutang . Meskipun kita tidak berhutang , kita di support oleh keluarga atau siapa saja sekali pun , harus diingat kita adalah seorang pelajar yang memerlukan kewangan dari pihak lain. Sewajarnya kita berjimat atau menggunakan dengan cara yang betul.
Gunakan sekadar perlu dan bukan nya mengikut kehendak diri . Ada pelajar yang sanggup habiskan duit Hutang dengan membeli handphone dan pelbagai kehendak hati remaja , namun tidak pernah difikirkan balik sumber yang datang adalah untuk pelajaran.
Menabung
Seharusnya seorang pelajar harus menabung sejak dari awal lagi . Bagaimana cara menabung sekali pun , yang pasti ianya dapat digunakan ketika diperlukan .  Bukan berbelanja melebihi sumber kewangan atau berbelanja sehingga tiada simpanan untuk kecemasan !
Walaupun jumlah tabungan ada kecil , ianya akan membesar jika kita bermula dari awal ! Tiada tabung yang akan terus besar tanpa ada permulaan. Mulakan dari sekarang !
Berniaga
Ambil peluang untuk berniaga sama ada secara offline atau online . Ketika belajar lah , kita akan berjumpa ramai orang  . Semasa belajar lah seseorang itu akan mendapat kenalan dari pelbagai negeri . Jadikan mereka sebagai network anda untuk berniaga !
Jika anda mempunyai ruang untuk berniaga tanpa modal , rebut lah peluang itu. Sekiranya ada peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan pasif , jual sekali untung berkali2 , rebut lah peluang itu kerana anda boleh jalankan perniagaan tersebut diwaktu cuti , hasilnya anda akan dapat walaupun anda sedang fokus kepada pelajaran.
Ikuti Trend Masa Kini
Trend sekarang masing-masing akan memiliki telefon . Dan masing2 akan online sama da facebook atau twittter atau instagram . Jadikan trend ini adalah sumber untuk anda jana pendapatan . Jangan ketinggalan dengan trend ini kerana ianya boleh menjadi kebaikan sekiranya bijak menggunakannya.
Jangan asyik berinternet , membayar data dan tanpa fikir sumber kewangan . Jadikan penggunaan harian anda sebagai sumber kewangan . Trend terkini , buat duit menggunakan handphone , so rebutlah peluang itu .


Bersedia untuk Membayar Hutang PTPTN

Dan yang paling penting , kita perlu bersedia untuk membayar hutang PTPTN tersebut . Biarlah tabung itu terus berfungsi untuk membantu orang lain terus belajar . Bagi cadangan dengan cara yang betul kepada pihak berkenaan jika ada ketidak puasan hati.
Jika tidak tahu bagaimana cara untuk bayar hutang PTPTN , carilah mereka yang boleh membantu anda untuk membayar hutang tersebut . Banyak kaedah dan cara untuk membayar hutang . Apa yang penting kehendak kita dan kesediaan kita untuk membayar selepas berhutang !
Jangan sebut tiada modal untuk berniaga kerana anda sentiasa ada modal untuk habiskannya dengan sia sia..:) Renungkan lah …

No comments:

Post a Comment

MUDAHNYA BISNES TONE PLUS ....